,

I give Mateen extra vaccine

Immunisasi amatlah penting especially yang wajib diambil seperti yang disenaraikan oleh kementerian kesihatan. Tapi ada beberapa vaksin tambahan yang tak disenaraikan atau tidak diwajibkan oleh pihak kementerian kesihatan. Kita as parents kena aware and guna duit sendiri untuk vaksin tambahan ni. Ada beberapa vaksin tambahan ni kementerian kesihatan sarankan kita untuk ambil.

Kenapa tila buat vaksin tambahan untuk mateen?
Vaksin ni pada tila bukan akan buat anak kita tak sakit langsung tapi mencegah. Pada tila, baik tila mencegah daripada mateen sakit. Sekurang kurangnya kalau lah Allah nak bagi juga dia sakit, tila tak rasa ralat sebab tila dah bagi additional vaksin tapi dah memang takdir dia kena. 

Senarai vaksin tambahan ni ada 6 jenis: Rotavirus, Pneumococcal, Influenze, Meningococcal, Hepatitis A dan Chickenpox. Setelah consult dengan doktor yang jaga mateen ni, dia suggest 4 saja vaksin. Tapi setiap vaksin ni ada jadual dia sendiri, bila kena ambil and details on each vaksin. Better consult dengan doktor masing masing sebelum decide untuk vaksin tambahan ni. 

Untuk Mateen, tila memang nak cucuk Vaksin Pneumococcal dekat dia sebab sekarang musim baby kena pneumonia. Tila pergi consult dengan doktor  di Klinik Iman. Tila akan link FB klinik iman dekat bawah ye, in case ada mommy daddy yang berminat. Doktor suggest vaksin pneumococcal untuk mateen, tak perlu rotavirus (kalau ikut kan ibu semua ibu nak cucuk). Untuk baby bawah 6 bulan, kena 4 dos pneumococcal dan doktor akan nasihat pada tarikh setiap suntikan. Suntikan pertama mateen dah ambil dua minggu lepas, next injection lagi dua bulan. Ibu abah ada masa nak menabung untuk vaksin mateen.

Vaksin tambahan memang mahal tapi depends pada jenama dan kegunaan. Vaksin pneomococcal ni ada dua jenis, both ada fungsi yang berbeza and recommended untuk ambil jenama Prevnar13 sebab dia cover lebih banyak jenis bacteria compare dengan jenama Synflorix yang cover 10 jenis bacteria sahaja. Harga pun berbeza ye, Prevnar13 lagi mahal compare to Synflorix. Pada tila harga dekat klinik iman dah affordable and klinik dekat dengan rumah. Ada yang cheaper tapi jauh and ada juga yang mahal sangat sangat. Terkejut doktor bila tila bagitahu yang klinik lain charge rm300 ke atas untuk satu suntikan without consultation. 

Harga Vaksin Pneomococcal Klinik Iman (March 2019)
Suntikan 1 - RM 260
Suntikan 2 - RM 260
Suntikan 3 - RM 250
Suntikan 4 - RM 250

Harga ni semua dah include consultation ye and sangat bermanfaat semua info daripada doktor. Doktor explain satu satu sampai lah kita faham berkenaan vaksin vaksin ni. Lega rasa bila mateen dah kena suntikan pertama. Selagi tak cucuk, ibu rasa tak tenang dan stress je sebab hari hari fikir pasal benda ni. Sebelum nak ke klinik iman untuk injection, kena call dulu sebab nak check stock vaksin. Sana cepat juga out of stock, tapi bila ada stock dia akan terus contact kita. Tak menyesal bawa mateen datang klinik ni. Demam ke batuk ke apa apa jadi memang akan bawa datang sini sekarang. 

Klinik Iman
No 5-G, Jalan 1/1B, USJ Avenue, USJ Heights,
47610 Subang Jaya, Selangor.
+6019-2612030


Share:

No comments:

Post a Comment